♛ hi,Asalammualaikum . welcome to dayah life story ! ♛

02 April 2015

MENGADU.

Assalammualaikum, Bloggers.
Sekian lama aku tak log in. berhabuk dh blog aku. Hampir 2 tahun aku tak jenguk2. hehe. tapi malangnya hari nie aku kembali dengan 1001 kisah sedih hidup aku. Setelah teralu makan hati dengan perangai kau wahai cinta hati. Dia semakin berubah. Dan aku telah menjadi seseorang yg bukan aku. Selalu bergaduh, bertengkar, dan akhirnya aku terpaksa ke tepikan ego aku demi org yg aku syg. Mungkin ini karma dunia. Dia tak seperti dulu. Dia panas baran, Dia lebihkan kawan2, Dia dh mula ego bila bergaduh, Dia bukan seperti apa yang aku kenal dulu. Terlalu jauh berbeza, mungkin dia xnmpk. Tapi aku nmpk terang, jelas dan nyata. Seriouly aku sngt2 xboleh terima dia yang sekarang. aku dh xde tmpt untuk mengadu kasih. aku cuba manja dgn dia. mmg dia layan. tpi hanya seketika. Mungkin balasan untuk aku atas perbuatan ku yg lepas. tpi aku tersiksa sekarang. Minggu nie saje, 5 hari berturut air mata nie mengalir. Tapi aku tanggung sendiri. Kalau diizinkan tuhan. 31.5.2015 ini mungkin kami bertunang. Itu sebabnyaa aku sudah tiada tempat mengadu. kalau aku nk mengadu kat mak. nnti mak ingt dia jht. so, aku simpan sendiri. Hanya blog nie jee yg ada tempat terakhir untuk meluah rasa yg terpendam. Aku takut aku tawar hati dengannya. Aku xnak hidup dengan org yg panas baran. sehingga kan aku xboleh tengok wallpaper gmbr dia kt handphone aku nie. sakit sangat hati. kalau sehari dua bleh terima. ini sudah seminggu dia bersikap pelik dengan aku. aku terlalu banyak makan hati. seandainya bukan jodoh aku dengannya. Kau jauhkan lah kami sementara masih awal Ya Allah. Jangan lah kau satu kan jiwa yg berbeza ini. Takut2 dikemudian hari. Runtuhnya sebuah masjid. Jikalau dia terbaca blog nie. dan dia marah. aku tak kisah lagi. sbb aku perempuan, aku lemah, xsekuat dia dlu. aku perlu tempat bergantung. aku tiada teman lain. untuk pengetahuan kau. aku tak pernah cerita buruk kau kpd kwn2 lelaki aku yg lain. Kalau aku nk, boleh jee aku cerita pd org yg caring pd aku, pd org yg mndengar, cuma aku xmahu kerana aku masih setia. masih ada hati. masih ada syg. jgn sampai suatu hari aku tawar hati dengan kau. luahan smpai disini. Amin.

10 June 2013

Miss Him So Much !

Tak tahu laa nakk cakap mcm mana , suddenly bila aku balik rumah aku terus rasa rindu yang teramat kat kau . aku sayang kau gila-gila . Almost every night aku menangis teresak2 macam orang mati laki . Tapi , ape yang boleh aku katakan ape yg aku rasa sekarang nie , rindu nie , sayang nie , aku tak pernah rasa kat orang lain dan aku tahu ianya takkan pernah berulang . aku takkan dpt rasa kat org lain . hanya insan bernama Amirullah Anuar jee yang boleh melembutkan hati aku . Dia membuat aku sayang dia yang teramat sangat , even org cakap apa pun pasal dia aku tak hirau . Dah macam kena ubat guna2 dah laa . lantak laa org nak cakap  ape , lantak laa ubat guna2 or what . yang penting aku SAYANG gilaa kat dia :'( Amir kau tiada ganti , walau suatu hari nanti takdir memisahkan kita , aku takkan dan tak mungkin jumpa org sebaik kau . Aku rasa dalam ramai2 wanita aku paling lucky , because i have you and u are mine , please be mine forever yee sygg !

Ya Allah , jika benar dia jodoh aku kau peliharalah perhubungan kami hingga ke akhir hayat . amin :'(

Miss u so much sayanggg ! Amirullah .




02 June 2013

TOLONG JANGAN BERUBAH .

Dua tiga hari kebelakangan nie aku rasa lain macam jee . aku yang berubah atau dia yang berubah . aku tak sanggup dan aku tak boleh terima atas perubahan yang berlaku . kalau lah kau tau isi hati aku . aku nak kau jadi macam dulu seperti perkenalan pertama . aku tak suka perangai kau sekarang jujur aku cakap . aku dah malas nak beralas2 atau berkias2 . aku sayang kau sangat2 dan yang paling penting aku tak boleh terima ayat kau "saya sayang awak lagi laa" . statement tuu membuatkan aku rasa yang satu hari nanti kau takkan sayang aku :'(

tolong laa . saya sayang awak sangat . ingat lagi perkenalan pertama kita? aku tak pernah tau kau sape . dan kau jugak tak pernah tau aku sape . kita cuma boleh rapat dengan bermulanya perkenalan waktu tengok wayang tuh . waktu tuu aku rasa memang aku tak boleh dapat kau . sbb kau hensem . aku dah laa tak cantik  . aku memang tak layak untuk kau . tapi setelah ape yang kau buat kat aku aku dapat terima kau . kau seorang yang sangat baik hati , seorang yang sangat penyabar . itu membuatkan aku lebih berasa aku layak untuk kau . aku dah tak heran org nak cakap ape . yang penting hati aku dah sangkut kat kau . aku sayang kau sangat2 . TOLONG JANGAN BERUBAH !

14 May 2013

SEDIH or HAPPY

Hari Happy bagi aku sebab aku dah lambat nak pergi kelas . so , aku tak pergi kelas . tiba2 dapat information kelas yang aku tak pergi tuu dibatalkan . hahaha . Alhamdulillah .
But , yang buat aku susah hati amer tak call dari pagi . tiba-tiba dia call petang dalam pukul 2
dia cakap dia demam , suara dia gila serak lahh . rockk . hehe . Dia cakap nak pergi klinik . waktu tuu dia ajak aku teman , tapi budak rumah aku semua tengah buat kerja . so , perlahan-2 aku tolong diorang and
lepas tuu aku mandi . lepas mandi , dah siap2 semua dia cakap "saya dah pergi klinik ngan ayah , ayah bawak , tak larat sangat ~" ohh , okee -,-
ishh~ berangin jee aku . yang buat aku kesian tuu dia tak larat sangat . takpe lah . aku faham . tapi yang
buat aku angin ngan dia tuu , kenapa tak cakap awal2 ayah dah bawak pergi klinik . >.<
xpee lah . benda dah lepaskan?
pastu dia nak makan , aku hantar kan makanan kat rumah dia . aku tengok muka dia pucat gilaa .
kesiannyaa :'(
sayang amer! jaga diri sayanggg ! ape2 inform jee bantuan datang segera . hehehehe :D

Okee , aku dah Happy balik . dah petang sikit qila mintak tolong aku hantar dia balik hostel . aku pun
hantar dia , happy dah nie atas moto . tiba2 kat corner salah satu simpang kat banting nie , brek kaki putus . terkejut aku . bodoh gilaa! geram aku ! takpe , sabar lagi . dugaan kan . biasa lah . tengah aku berhenti tepi jalan tuu , aku tengok2 moto aku . ada pulak polis trafik dua moto berhenti . Ya Allah , terkejut + takut akuu . hahaha . sbbnya awak nie dah laa xde lesen . nasib baik dapat polis mudaa . dia tnya kenapa , nak pergi mana , siap tolong betulkan moto . pastu dia nak suruh aku bawak moto dia , dia nak tunda moto aku tuu pergi kedai moto . terus aku cakap "eh ,xpe cik . dah tolong nie pun saya dah cukup berterima kasih dah . lagi pun saya nak cepat nie . nak hantar kawan nie . nnti ada masa saya pergi repair sendiri . terima kasih cik ." sebenar nya kaki dah ketaq2 ketakutan . hahahaha .

10 May 2013

EXCIDENT :'(

Hari nie aku excident ! naik moto 125 member , break depan jee ada , break belakang saja jee dia tak pasang . nasib baik moto tak xde ape2 . just aku jee yang sakit gilaa niee . dada sakit sangat sebab kena dekat handle . luka pulak tuu . kaki bengkak , sakit pinggang . aduhh :'(
mak , anak mak sakit . tapi takut nak bagi tahu . takut kena marah :'( dan sekarang rasa nak demam pulak . takut tak hilang lagi . mengigil niee :'( nak sangat mengadu kat mak . sebab dalam keadaan macam nie memerlukan perhatian dari insan yang kitaa sayang ! terutama IBU . tapi takut sangat nak bagitau . mesti dia risau denga aku . mesti dia marah sebab dia sayang . tapi , itu yang aku takutkan . akak tak nak mak risau . so , petang tadi mak call . mak tnye "dah makan belum? , sihat tak ?" dan jawapan aku . akk dah makan , sihat jee :'( MAKK:"(





09 May 2013

ANNOYYING gilaa!

Niat aku nak cerita pasal sorang member aku yang buat aku bengang gila nie . tapi , disebabkan aku tak boleh benci dia lagi . aku masih sayang kat dia . walaupun dia pernah cakap dia xnak tengok muka aku . tapi tak pee . sayang member punye pasal . memberontak tuu ada . Tapi , Sayang kan ? korang jee tak tau ape tuu erti sayang member . aku nak kau tau yang aku sayang gila kat kau !! aku  nak cerita kat blog nie pun aku tak sanggup nak jatuh kan aib kau . sebab SAYANG bodoh ! kadang-kadang aku raasa macam aku jee yang terhegeh2 sayang kat orang . Orang tak pernah nak sayang aku ! selagi aku boleh bertahan aku tetap sayang and caring kat korang . aku pergi mana2 pun aku tetap tanya korang dah makan belum? nak makan ape cakap . nanti aku beli . tapi , itu semua macam sia :'( Harap sangat korang jangan benci aku dengan benda yang kecik ! korang sakit? makan aku sanggup suapkan . ade kan aku suap kan ? tido aku selimut kan walaupun korang tak tau . aku bukan nak mengungkit . cuma , geram sangat2 ! sebab aku sayang sangat2 korang ! kalau boleh aku tak nak hilang korang . ingat senang kee nak jumpa mmber yang macam korang . kalau aku ada buat salah aku mintak maaf . kadang2 kekhilafan manusia itu datang dari situasi yang mereka alami :'( SAHABAT .




HAPPY ANNIVESARY sayang !

Hari nie dah genap 4 bulan aku dengan salah seorang insan istimewa dalam hidup aku iaitu amer :)
aku sayang dia sangat-sangat . walaupun banyak masalah yang dia perlu hadapi . Tapi yang penting aku perlu sentiasa bagi sokongan moral , emosi kat dia . Cara aku pulak . aku niee kalau ada masalah buat bodoh jee selagi masalah tu tak besar . aku lagi suka tolong orang dulu .Tapi , bila masalah aku dah besar nanti baru lah nak mengelabah . Tapi waktu tuu aku just nak orang bagi perhatian kat aku . jangan tinggalkan aku . And jangan pinggirkan aku . Nanti aku stress menonggeng . :)

Aku tak mintak pun orang tolong selesaikan masalah aku . just bagi sokongan dan pendapat itu sudah memadai . Tapi hakikatnyaa ingat senang kee nak cari orang mengadu masalah ? orang yang tambah masalah ramai lahh . aku bersyukur kerana ditakdirkan aku kenal dengan insan bernama AMIRULLAH ANUAR :)
Alhamdulillah , buat masa nie dia amat memahami , cuma aku jee yang degil ngan dia . aku selalu tak dengar cakap dia . aku nie jahat kann ?

Aku tau dia banyak sangat terasa ngan aku . tapi , aku jee yang tak sudah2 sakitkan hati dia . aku sayang dia
 sangat2 . aku harap sangat dia tak tinggal kan aku . sebab aku tau orang tak kan aku jumpa lagi kat dunia nie . kalau jumpa memang bertuah gilaa . dah laa penyabar! penyayang ! memahami ! segala2nyaa lah .
"Ya Allah , jangan lah Kau jauhkan cinta dia dari aku . Dan jangan juga Kau jauhkan cinta aku untuk dia ! Berikan aku kekuatan untuk segala cabaran dan dugaan yang mendatang . InsyaAllah :')


Amirullah Anuar !